Siri Kisah Teladan 1

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca… Saya mohon maaf kerana tidak menulis dalam beberapa hari yang lepas kerana kehabisan idea dan teragak-agak dalam mencari tajuk yang awla dalam menulis.

Di sini, saya ingin berkongsi kisah yang menarik dan cukup besar maknanya buat pelayaran hidup kita di muka bumi ini. Hayatilah kisah ini. Sebelum itu, saya memohon maaf kerana tidak dapat memastikan kesahihan riwayat cerita ini. Namun, saya percaya kisah ini, pastinya banyak memberikan iktibar dan pengajaran kepada kita. Selamat Menghayati.

“Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut “kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??”

Jawab lelaki tersebut “aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku”

Kemudian berkatalah ahli sufi “Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA.”

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.”

Begitulah kisahnya. Semoga kita memperoleh hikmah daripada cerita ini.

Hadis Hari Ini:

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله تعالى عنه أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: “الدين النصيحة” قلنا : لمن ؟ قال: “لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم”. رواه مسلم

Maksudnya:

“Agama (Islam) itu nasihat”. Kami bertanya: bagi siapa? Nabi s.a.w. bersabda: “Bagi Allah, bagi kitabnya (Al-Quran), bagi rasulnya, bagi pemimpin-pemimpin muslimin dan keseluruhannya (selain pemimpin-pemimpin)”.                                                                                                                                             (Riwayat Muslim)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s