Jangan Guna Tatabahasa

Kita berjumpa lagi.

Apa khabar rakan-rakan? Masih bersemangat meneruskan teknik-teknik power lagi best ini? Jom, kita teruskan lagi!

Teknik yang seterusnya adalah:

2) Jangan belajar bahasa melalui Tatabahasa

Ok, dapat tidak maknanya? Ok, saya akan jelaskan sedikit maknanya. Untuk belajar bahasa (khususnya bercakap bahasa), jangan belajar dengan buku tatabahasa. Kenapa? Adakah saya bermaksud kita tinggalkan terus buku tatabahasa dan meminggirkan sumbangan-sumbangan ahli cendikiawan dalam bidang ni?

Baiklah, fahami baik-baik kaedah ini. Kita perlu elakkan belajar bahasa dengan buku tatabahasa. Itu point saya. Bukan suruh buang buku-buku tatabahasa yang ada di rumah kita. Kerana apabila kita belajar bahasa dengan buku tatabahasa, kita akan dapat tatabahasa sesuatu bahasa, bukan bahasa itu sendiri. Kita akan berfikir tentang bahasa Arab dan kita juga akan fikir macam mana hendak membuat ayat sebelum bercakap.

Boleh ke tidak? Kalau kita tengah bercakap dalam bahasa Arab, selepas satu-satu kita minta masa untuk buat ayat dan kita pun sambung bercakap. Boleh ke macam itu? Tentu tidak boleh kan? Sebab itu akan membuatkan orang  itu cepat bosan dengan kita. Jadi untuk bercakap dgn automatically, fastly and easily, kita kena elakkan belajar bahasa dengan cara ini.

Sekali lagi, saya nak timbulkan persoalan kepada sahabat-sahabat yang belajar Bahasa Inggeris. Berapa lama kita belajar bahasa penjajah ini? Paling kurang kita telah bermula pada umur 7 tahun. Agak-agak kita sudah boleh kuasai tak? Tentu belum lagi kan? Kalau boleh pun, tentu tersekat-sekat bukan? Jadi inilah rahsianya. Kita belajar Bahasa Inggeris dengan Grammar dan Homework yg cukup membosankan!!! (saya tidak kata jangan tidak buat homework🙂 )

Jom! Ubah cara kita yg tidak betul ini. Saya pasti, anda tertanya-tanya, macam mana saya hendak kuasai bahasa yang betul, kalau tidak melalui Grammar atau Nahu dan Soraf? InsyaAllah, saya akan terangkan di kesempatan seterusnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s