Hukum Tahlil Arwah Dan Perkara Yang Berkaitan

Assalamualaikum w.b.t…

Pada 2 minggu yang lepas, kami telah diundang ke sebuah orang Arab yang kematian bapanya. Setelah pulang, berlakulah perbincangan tentang Tahlil Arwah dan inilah hasil pencarian saya dan kesimpulan yang saya ambil dalam masalah ini. Artikel ini saya postkan di facebook di group perbincangan rumah kami dan tidak diedit langsung.

Berbicara berkenaan dengan Tahlil Arwah samada 3 hari, 7 hari atau 40 hari maka ia terbahagi kepada dua permasalahan.

• Perkara yang disepakati ulama

• Perkara yang berbeza pandangan di kalangan ulama

Perkara yang disepakati ulama

Para ulama bersepakat bahawa memberikan ucapan takziah kepada si mati adalah thabit dalam syariat Islam. Hal ini disebutkan dalam hadis Nabi s.a.w. :

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلَّا كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

(Riwayat Ibn Majah)

Perkara yang berbeza pandangan di kalangan ulama

Namun, para ulama berselisih pandangan berkenaan dengan berkumpul di tempat yang khusus beserta penyediaan makanan. Hal ini disebabkan oleh tiadanya petunjuk daripada Baginda Nabi s.a.w., para sahabat mahupun salafusoleh. Oleh itu, ada dua pembahagian kecil dalam tajuk ini:

1. Hukum berkumpul di rumah si mati.

2. Hukum makan makanan di rumah si mati.

Sebaik-baiknya kita perlu melihatnya secara bentuk pecahan agar kita melihat sebanyak mana bilangan ulama yang mengharuskan memakan makanan yang disediakan oleh tuan rumah di majlis tahlil tersebut.

Manakala, masalah tahlil tidak dibincangkan oleh ulama’ dan seharusnya kita berpegang kepada hukum asal bahawa tahlil adalah sunat dan digalakkan kita bertahlil walau di mana kita berada. Manakala, menyedekahkan pahala tahlil kepada si mati ataupun bacaan al-quran itu semua merupakan pecahan lain yang perlu dibincangkan di tempatnya.

Hukum berkumpul di rumah si mati

Para ulama’ berbeza pandangan pada menilai hukum berkumpul di rumah si mati. Ada yang mengatakannya bid’ah yang haram, makruh tanzih, dan harus.

Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Al-Azkar : ms 136 : Imam Syafie dan para pengikutnya mengatakan : Dimakruhkan duduk untuk ta’ziah iaitu duduk dan berhimpun di rumah si mati…dan ini adalah makruh tanzih…”

Ulama’ yang semasa telah mengatakan harus berhimpun di rumah bagi menyambut orang-orang yang ingin menyampaikan ucapan takziah. Illah yang diberikan adalah kerana manusia pada hari ini duduk berjauhan dan sibuk dalam urusan kehidupan mereka maka berhimpun di tempat yang khusus iaitu di rumah si mati dan waktu yang khusus adalah diharuskan. Mereka juga memberikan hujah bahawa tidak ramai kebanyakan orang dahulu yang mempunyai kediaman yang luas dan mampu menampung bilangan hadirin yang ramai maka takziah mereka cukup di masjid-masjid, kubur-kubur atau jalan-jalan.

Namun yang menjadi haram mengikut mereka adalah An-Niyahah ( Ratapan) sebagaimana hadis Jarir r.a. :

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ: كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنْ النِّيَاحَةِ

Mengikut mereka An-Niyahah yang tidak dibenarkan iaitu berkumpul di rumah si mati dan memakan makanan yang disediakan oleh ahli keluarga si mati untuk orang-orang yang ingin mengucapkan takziah.

Sila rujuk kitab Mafhum Bid’ah oleh Dr. Abd. Ilah Bin Husain Al-Arfaj :ms: 236.

Bukan setakat ulama kontemporari sahaja malah ulama-ulama yang terkenal dengan ketegasannya dalam hal-hal bid’ah juga mengatakan harus seperti Syeikh Abd. Aziz Bin Baz dan Syeikh Abdullah Bin Jibrin r.h.

Sila rujuk Majmu’ Fatawa Dan Maqalaat Mutanawwi’ah Oleh Syeikh Abd. Aziz Bin Baz ( Juzuk 13/ ms 371)

Manakala Syeikh Muhammad Bin Usaimin, Syeikh Al-Bani dan Syeikh Saleh Fauzan r.h.m mengatakannya bid’ah kerana hal ini tidak terjadi pada zaman Nabi s.a.w. Malahan Syeikh Muhammad Bin Usaimin menyarankan supaya ditutup pintu rumahnya rapat-rapat.

Sila rujuk Fatawa Arkan Islam Oleh Syeikh Muhammad Bin Usaimin : ms:416

Hukum makan makanan di rumah si mati

Bagi ulama’ yang mengharuskan berhimpun di rumah si mati mereka berbeza pandangan dalam menilai hukum makan makanan di rumah si mati. Ada yang menegah daripada duduk-duduk apatah lagi makan makanan. Pendapat ini disuarakan oleh Syeikh Abdullah Bin Jibrin r.h. dalam websitenya.

Namun, kebanyakannya tidak menegah pada makan makanan, sebaliknya melihat kepada faktor lain.

Semuanya mereka bersepakat bahawasanya harus makan makanan tersebut jika makanan tersebut di sediakan oleh kaum kerabat si mati ataupun rakan-rakan dan jiran keluarga si mati.

Mereka berselisih pada makanan yang disediakan oleh si tuan rumah. Ada yang mengharuskan sebagaimana harusnya menjamu tetamu. Hal ini disebut oleh Syeikh Abd. Aziz Bin Baz r.h. Ada juga yang mengharamkannya kerana illah jika makanan itu bersangkutan dengan harta pusaka si mati yang akan diwarisi oleh anak-anaknya. Jika makanan itu disediakan melalui harta yang diwasiatkan maka tiada masalah dalam hal ini.

Kesimpulan

Setelah melihat kepada perbahasan ulama dalam hal ini, maka saya lebih bersetuju jika amalan ini diteruskan dengan syarat makanan tersebut disediakan oleh kaum kerabat si mati, rakan-rakannya dan jiran si mati melihatkan kepada dalil-dalil yang dibawakan antaranya Hadis Jarir r.a. dan maslahah ummat pada hari ini yang jauh daripada keluarga masing-masing. Jika dilihat kepada waqi’ pada hari ini, ahli keluarga, kaum kerabat serta sahabat handai sangat susah untuk berkumpul melainkan pada hari perayaan. Jika hari kematian pun tidak menjenguk maka di manakah ukhuwwahnya lagi?

Selain itu, amalan membaca surah yasin kepada si mati serta tahlil juga menjadi satu ibadah kepada orang yang hadir serta menggalakkan umat Islam bersedekahkan pahala kepada si mati melalui amalan-amalan tersebut. Ini memberikan kesan dari sudut rohani kepada masyarakat.

Maka, melihat kepada situasi tersebut saya lebih bersetuju kepada pandangan ulama-ulama kontemporari dalam masalah ini.

Wallahu a’lam bissowab.

About these ads

14 thoughts on “Hukum Tahlil Arwah Dan Perkara Yang Berkaitan

  1. Salam,

    Sekadar berkongsi. Menziarah si mati satu sunnah (lepas tu kita leh join solat jenazah dan bawa jenazah utk di kebumikan). Tetapi selalu apa yg dpt kita lihat bila kita mula berkumpul. byk yg perkara yg tidak baik berlaku dr yg baik berlaku. Seperti”

    1. Mengumpat (w/p bkn kpd simati)
    2. Fitnah (mungkin hal2 politik)
    3. Gurau senda (perkara yg sia2)
    4. Leka (tidak bersolat di awal waktu)

    Kebaikkan
    1. Erat hubungan sirotulrahim
    2. Menolong mengurus jenazah (tidak berlaku perkara diatas sekiranya kita sibuk urus jenazah tetapi kita selalu melihat lebih ramai dok bersembang dr buat kerja)

    Sy bersetuju dlm menziarah jenazah(kerna di tuntut). tetapi tidak pd amalan kenduri(jika jiran yg menyediakan makanan tapi bkn tujuan kenduri). Di mlm hari kita bersusah payah hendak mengadakan tahlil arwah. Kesannya adalah bg keluarga yg tidak mampu mereka akan merasa serba tidak kena(w/p tiada paksaan) kerana telah menjadi satu amalam dlm masyarakat kita. belum pernah sy dengar ada tahlil arwah(dibincangkan kemudian hukumnya) tanpa kenduri. Jadi bg yg tidak mampu akan timbul fitnah. Keluarga tersebut tidak ingat kpd si mati la, tak tahu hukum laa. bg yg berkemampuan tidak menjadi satu masalah buat mereka.

    Bukan nak berdebat sekadar berkongsi minda.

    • Satu pemerhatian yang baik Saudara Izat. Terima kasih kerana berkongsi. Saya juga, sedaya upaya untuk membantu masyarakat dalam mencari kaedah yang sesuai dalam melaksanakan amalan-amalan yang diperselisihkan dalam agama ini.

      Apa-apa pun, perkara yang berkaitan dengan perkara di luar amalan sebagaimana yg saudara listkan, bukanlah menjadi persoalan dan ianya di luar kaedah penghukuman. Dan jika perkara ini berlaku dengan meluas, maka pemerintahlah yang bertanggung jawab dalam menghentikan amalan ini atau pengganti kepada pemerintah. Kerana, kita perlu membezakan tugas orang alim yang memaklumkan hukum agama dengan pemerintah dan qadhi yang menyelesaikan masalah. Itu dua bab yang berlainan.

      Selamat bertandang kembali Saudara Izat. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

  2. ‘NIAT’ tanpa menyimpang hukum Allah.Amalan spt membaca yassin dan tahlil dirumah waris siarwah adalah baik kerana mengharapkan keredhoaan dr Allah swt untk yg hidup dan telah pergi selamanya.Bila waris menjemput,wajib pula kita memenuhi permintaannya sekiranya tiada aral.Sebagai meraikan tetamu jamuan mengikut waktu spt makan tghari biasa dilakukan.’kenduri’ tu hanyalah pd perkataan dlm berkomunikasi dgn niat asal utk bersedekah sj supaya amalan ni jd bekal kita nanti.

  3. Asallamualikum,sahabat2 dan Tuan rumah.sebelum itu mohon maaf jika apa yg saya cuba utarakan ini salah a ttau di luar kepercayaan sahabat masing2.saya begitu muskil di sini,…isu ini telah menjadi bahan perdebatan dari dulu lagi….pada zaman saya sekitar awal 80an tak silap saya dan mungkin jauh lebih awal dari itu.sekadar berkongsi ya sahabat,kalau silap tu datangnya dari saya.Tahil arwah ini memang tiada contoh sebelumnya,tapi ramai yang mengadakannya sehingga boleh dikatakan taraf wajib….mana tidaknya,bila berlaku kematian…hendak tak ndak,mesti buat tahlil.yang menjadi persoalannya perkara ini tidak lah wajib,malah bukan sunat pun.Lihat sahaja kitab kitab ulamak tanah jawi,Syeikh Daud dlm Bunyatul tulab atau syeikh Arshad dlm sabilal muntadin…mengatakan makruh lg bidaah.Jika berlakunya tahlil…sedikit sebanyak memang akan merunsingkan ahli keluarga si mati sebab sibuk nak buat jamuan,tambah2 lg tentang kos.jika kos itu mengunakan duit anak2 si mati…tidak kah itu boleh dikatakan memakan harta anak yatim.apa pun Allah lebih mengetahui.bagi saya kenduri arwah tu boleh dibuat tapi tidak mengaitkan pada si mati.Wallahualam.

      • Sekadar perkongsian dan pandangan.Jika ada yg lebih baik dan sahih daripada pandangan saya itu….maka tinggalkan pandangan saya.Kerana bab itu agak konterversi,sebab ada ulamak mengatakan bacaan tahlil ini tidak sampai kepada si mati,ada ada juga yang mengatakan sampai.Maka terpulanglah kepada kepercayaan masing2 asal kan tidak menghukum pada yg berbuat dgn yg tidak berbuat tahlil dgn hukuman yang tidak sepatutnya.Wallahuallam.

  4. Assalamualaikum wr.wb. Saya telah mendapat satu jawaban yang meyakinkan drp Imam Besar Masjid Shah Alam Yang Pertama (Ustaz Muhyi) mengenai asal usul tahlil kepada arwah simati di alam Nusantara.

    Katanya ia adalah suatu bentuk dakwah Islam yang dibuat oleh salah seorang daripada Wali Songo kepada umat Nusantara yang beragama Hindu pada masa dahulu. Dalam adat Hindu, apabila berlaku kematian, orang-orang kampung akan berhimpun dan beramai-ramai menyeru nama simati. Contoh, jika nama simati ialah Jalak, maka mereka akan beramai-ramai membaca mentera dan memanggil-mangil Jalak, Jalak, Jalak…Maka tampilah Wali Songo menegur mereka dengan kata-kata “Daripada kamu menyebut nama simati lebih baik kamu menyebut nama Tuhan”.

    Wali Songo telah membuat pembaharuan dengan menukar adat puja Hindu dengan melafaz nama Allah dalam kalimah tauhid iaitu “Laailaahaillallah”, sesuai dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W. iaitu “Seafdhal zikir adalah Laailaahaillallah”. Hasilnya ialah Islam telah berkembang dengan mudah dan pesat di alam Nusantara.

    Lepas itu saya terbaca ayat Al-Qur’an yang memperihalkan perkara yang ada persamaan walaupun situasinya berbeza iaitu “Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka berzikirlah kepada Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut nenek moyang kamu, bahkan berzikirlah lebih dari itu….” Sila semak Ayat 200 Surah Al-Baqarah.

    Kesimpulannya saya kira kita menjadi Islam kerana hasil usaha gigih alim ulama dahulu berdakwah secara berhikmah kepada datuk nenek kita dahulu. Kita harus menjadi mata rantai pejuang Islam dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan hidayahNya melalui kerja dakwah alim ulama silam itu.

    Oleh itu tahlil arwah adalah ibadah jika dilakukan dengan niat yang ikhlas dan menepati kehendak dalam hadis dan Al-Qur’an.

    07-01-2013

  5. Assalammualaikum,

    Bagi pendapat saya tahlil itu sunat..Ia akan bertukar menjadi haram apabila kiter bersuka-suka, mengumpat dan berkelahi dalam majlis tahlil tersebut.
    Semasa tahlil, kiter membcakan yassin beramai2, mendoakan arwah dah selagi tidak melanggar hukum agama, ia tidak salah. Tentang jamuan pula, bg yang mampu, kiter niatkan sebagai sedekah, bukan niat utk menunjuk2 dan membazir.

  6. Tahlil ni yang saya tahu
    maaflah ye

    dulu masa saya kecil2 lagi arwah mak saya bercerita, jika kita buat tahlil dan sedekah fatihah kepada orang mati, orang mati dalam alam kubur (ba’zah) akan menadah tanagan menyambut pahala fatihah yang disedekahkan itu, kalai sedikit bilangan fatihah, yg nak terima tu ramai, berebut2lah mereka si mati yg nama mereka di sebut sebagai penerimanya.

    Tetapi, baru baru ni, tahlil sedekah fatihah atau yassinn kepada si mati, hukumnya bidaah, sebabab perbuatan itu Nabi Muhammad saw tidak buat. Berdoa lah sahaja untuk si mati, doa dalam quran pun banyak ayat2 doa dan nabi pun suroh kita berdoa, doa lah kepada si mati.

    Ayat Quran yg saya tahu An-Najm ayat 38 & 39 itu memberi penerangan bahawa pahala dan dosa adalah hak masing2. Wallahualam

    Kalau ada yg lain sila berikan nas nya, tk.

  7. SALAM….NAK TANYA, KALAU KITA BESEDEKAH BOLEHKAH KITA MINTA BALASAN DARI APA YANG KITA SEDEKAHKAN KEPADA ORANG YANG KITA BERI…..? NAK TANYA KENAPA KITA BEMBUAT KENDURI TALIL SIMATI DENGAN NIAT BERSEDEKAH KEPADA YANG HADIR DENGAN MEMBERI JAMUAN MAKAN, TETAPI KITA SEPERTI MEMINTA BALASAN DARI MEREKA BERSEDEKAH KEPADA SI MATI DENGAN BACAAN TALIL DAN BACAAN TETENTU. ADAKAH SEDEKAH KITA ATAU SI MATI DI TERIMA OLEH ALLAH SBT DENGAN MEMINTA BALASAN SEBEGITU.

    mutasabbib iaitu hadis yang mashur ” apabila mati anak adam terputuslah sekelian amalannya melainkan tiga perkara:
    1: ilmu yang bermanfaat.
    2: Sedakah jariyah.
    3: anak yang salih yang mendoakan bagi ibu bapanya:

    KENAPA LAGI NAK SURUH ORANG LAIN BERSEDEKAH KEPADA SI MATI DENGAN NIAT BESEDEKAH, TETAPI MINTA BALASAN BERSEDEKAH DENGAN BERSEDEKAH JUGA DENGAN MEMBERI MAKAN. PELIK LA….

    adakah talil arwah adalah rekaan semata2….. ?? bersedekahlah kamu tanpa meminta balasan dari apa kamu sedekahkan.

    yang paling utama seseorang bersedekah dengan tetap memuliakan orang yang diberi serta tidak membuat mereka susah. Jika perlu sedekah yang dikeluarkannya diantar ke rumah orang yang diberi. . .

    Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al – Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al – Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al – Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.

    تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
    كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
    Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
    nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
    عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
    رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
    Dari salmah katanya :
    Rasulullah s.a.w. bersabda :
    “Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
    maka menepati tempat duduknya di neraka.”
    Hadis sahih riwayat Muslim

  8. Assallamu’alaikum.. Saudara2 ku se iman..
    Hanya sekedar ingin sharing, mengingat banyak nya kalangan Ɣªήğ menyatakan bid’ah terhadap tahlil an, saya cukup menyesalkan sikap atau pandangan tersebut Ɣªήğ lebih mengakibatkan perpecahan dan pertikaian antar umat. Sebaiknya kita berfikir sebelum berkata, dan dari pengetahuan dan ilmu guru2 saya sebelumnya, Rasulullah pun memberikan gambaran terhadap suatu hal perkara ( dalam hal ini Ɣªήğ tidak pernah di contohkan / baru )
    Bila membawa kemudharatan Ɣªήğ lebih besar dari pada mashlahat nya tinggalkan, namun bila membawa mashlahat Ɣªήğ lebih besar dari pada mudharat nya lakukan. Dalam hal ini, perlu di simak, bagaimana majlis u/ pengadaan tahlil an itu ª∂a̲̅ dan di mulai,, kalau di lihat dari sejarahnya, bila para ulama terdahulu masuk dalam ke saklekan / cara2 Ɣªήğ arogan dalam penyebaran islam, wallahu’alam apakah islam bisa kita kenal saat ini karena dapat di terima dengan baik oleh nenek moyang kita terdahulu atau malah banyak terjadi pertikaian..? Namun, cara Ɣªήğ saya pandang cerdas menggeser budaya sebelum islam datang di wilayah kita dengan kalimat2 tauhid dan dapat di terima oleh masyarakat dahulu, saya berpandangan nilai maslahat nya jauh lebih besar ketimbang mudharat nya. Dan beginilah cara islam berkembang. Agama Ɣªήğ lembut, dan mengajarkan, serta membimbing. Sungguh sangat di sayangkan bila datangnya pandangan2 orang2 Ɣªήğ baru sedikit paham dan memaksakan pandangan nya hingga menyatakan “ke harama an” atas usaha Ɣªήğ mendatang kan maslahat Ɣªήğ di usahakan dalam ulama terdahulu dalam mengenal Allah harus di bayar seperti ini. Terlabih, kesibukan seseorang Ɣªήğ nyaris terputusnya silaturrahim hanya dapat berkumpul dalam suatu kejadian tertentu ini harus di nyatakan haram.. Umumnya ke hadiran saudara, kerabat, handai taulan merupakan obat penghibur bagi keluarga Ɣªήğ meninggal agar tidak terjadinya ratapan Ɣªήğ berkepanjangan. Dan salah satu amalan Ɣªήğ tidak terputus dari si meninggal adalah do’a anak soleh. ª∂a̲̅ baiknya bila sang anak mengundang kita untuk mendo’a kan orang tua nya, ini bukan lah hal Ɣªήğ sia2 selama tidak memberatkan keluarga Ɣªήğ di tinggalkan. Wallahu’alam.. Maaf bila terjadi ke silapan Ɣªήğ datangnya dari saya. Wassalamu’alaikum.

  9. saya lebih suka meninggalkannya kerana takut terjerumus dalam hal2 yang subhah contohnya menggunakan harta pusaka si mati untuk urusan makann dan minum. Walaupun kita tidak mengetahuinya punca pembiayaan makanan atau kita menjaga hati kita dengan menanamkan rasa konfiden..namun bagi mengelakkan masalah yang timbul maka lebih baik dielakkan. Zaman Tabi’in amat berbeza dengan zaman kita dari sudut urusan kewangan, perbelanjaan dan harta kerana pada masa ini ianya adalah amat kompleks sekali termasuk urusan perbelanjaan kearah urusan agama. Ianya perlu dilakukan dengan hati2 dan teliti. Jika seseorang akan bertanya diri saya kenapa tidak melakukan kenduri arwah maka jawapan saya adalah seperti yang dinyatakan di atas.. As-Salam. Hanya sekadar pandangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s