Orang Yang Paling Berakhlak Paling Berpengaruh

Assalamualaikum w.b.t…

Masih teringat lagi pesanan Khatib Jumaat semalam yang mengingatkan tentang pentingnya akhlak dalam diri seorang muslim.

Bila melihat kepada orang yang berakhlak ini maka kita tidak lari mengaitkan dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Kali ini, saya ingin bercerita dari sudut lain demi mengayakan lagi kefahaman kita tentang akhlak. Informasi penjana perubahan.

Tanpa akhlak, maka tiada makna. Seorang cendekiawan hebat dalam bidang Ilmu Ijtima’ (Ilmu Kemasyarakatan) pernah ditanya tentang peranan akhlak dalam diri seseorang. Beliau mengatakan, akhlak memberi nilai dalam diri seseorang 1. Jika mereka mempunyai harta maka memberi nilai 0 maka nilainya adalah 10. Jika mereka mempunyai kecantikan tubuh badan dan kesihatannya maka nilainya adalah 0. Maka nilai keseluruhannya adalah 100. Jika mereka mempunyai keturunan yang baik maka nilainya adalah 0 maka nilai keseluruhannya adalah 1000. Jika mereka tiada akhlak tetapi ada perkara lain maka nilainya adalah 000. Tentunya tidak bermakna bukan?

Jika dilihat dan dikaji, akhlak memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Cuba kita perhatikan, mereka yang berpengaruh dalam masyarakat adalah mereka yang berakhlak. Pernah dengar, seorang yang hebat pengaruhnya, banyak hartanya dan baik rupa parasnya dibenci oleh masyarakat kerana buruk akhlaknya dan kelakuannya? Kisah seperti ini sangat banyak.

Di Maghribi ( tempat saya belajar), manusia seperti ini banyak. Di sebuah kawasan pedalaman terdapat suatu kawasan yang sangat cantik. Tempat ini terletak di Fes. Di sana, mereka semuanya kaya. Namun, kekayaan mereka ini dikotori oleh kelakuan dan pekerjaan mereka yang kotor. Tempat ini adalah tempat penanaman candu terbesar di Maghribi dan merupakan bandar candu. Keindahan yang dilihat di kawasan ini sebenarnya adalah keindahan pokok-pokok candu yang bertebaran di kawasan ini. Selain itu, mereka juga suka berzina secara berkumpulan seperti binatang babi.

Semalam juga, saya menonton dokumentari berkenaan seorang peninju hebat pada era tahun 2001 – 2010. Peninju yang saya maksudkan ialah Anderson Silva.

Apa yang menarik tentang Anderson Silva ialah beliau merupakan peninju yang berakhlak dan berfalsafah tinggi. Beliau berjaya mempertahankan kejuaraan selama 9 tahun berturut-berturut sehingga tahun 2010. Prinsip dan sifat seorang ahli mempertahankan diri seperti Muay Thai, Tae Kwan Do, Judo dll telah menjadikan beliau peninju yang berdisiplin dalam latihan dan juga perlawanan. Ketika beliau memenangi perlawanan dengan Chael Sonnen yang tidak henti-henti sebelum itu menghentamnya dengan caci maki dan fitnah bagi mempengaruhi keyakinan Anderson Silva, beliau telah bersujud di hadapan Chael Sonnen dan berpelukan mesra.

Bagi sesiapa yang berminat menonton dokumentari tersebut boleh download di sini:

http://www.mediafire-movie.com/anderson-silva-like-water-2011-dvdscr-300mb/

Kesimpulannya, jika mahu menjadi mereka yang berpengaruh, jagalah akhlak anda.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s