Kitab Syamail Muhammadiyah Oleh Imam Tirmizi

Assalamualaikum w.b.t…

Apa khabar para pembaca? Moga-moga Allah s.w.t. melimpahkan rahmatNya ke atas kalian. Di kesempatan waktu yang ada ini, saya ingin berkongsi tentang sebuah buku yang bagus buat tatapan para pembaca. Buku yang saya maksudkan adalah Buku Syamail Muhammadiyah Oleh Imam Tirmizi.

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang buku ini, apa kata kita download dulu. Link download di sini:

Link ringkasan dalam Bahasa Melayu (Pdf)

http://filetram.com/mediafire/asy-syamail-muhammadiyah-imam-at-turmidzi-pdf-8702422628

Link kitab penuh dalam Bahasa Arab (Pdf)

http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2261

Buat pengetahuan para pembaca, buku jenis “syamail” merupakan satu metodologi daripada metodologi-metodologi buku sirah yang ada. Terdapat metodologi-metodologi yang lain seperti “dalail”, qisas dan lain-lain lagi. Jadi, buku jenis “syamail” ini menghimpunkan tentang bentuk tubuh Rasulullah s.a.w. dan sifat-sifat baginda s.a.w.

Kaedah ini dibuat sebagai satu kaedah dakwah bagi umat Islam akhir zaman yang tidak bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu yang berbunyi, “jika tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, para ulama’ telah menghimpunkan riwayat-riwayat yang menceritakan tentang Rasulullah s.a.w. daripada para sahabat r.a.h. Namun begitu, kaedah penulisan masih berbagai dan tidak sama di antara satu sama lain.

Sebagai contoh, kitab yang sedang kita bincangkan ini menghimpunkan 400 hadis dengan sanadnya sebagaimana kitab-kitab hadis yang lain. Telah dicetak berkali-kali dan terdapat syarahan yang banyak terhadap kitab hadis ini sebagaimana biasa berlaku terhadap kitab-kitab hadis yang lain. Malah, ada sesetengah cetakan yang menghimpunkan Sunan At-Tirmizi dengan kitab syamailnya kerana kedua-duanya adalah kitab hadis dan pengarangya adalah sama iaitu Imam At-Tirmizi.

Apabila kita bercakap tentang bentuk tubuh baginda s.a.w. maka kita akan jatuh cinta dengan kecantikan dan ketampanan baginda s.a.w. walaupun kita tidak pernah bersua muka dengannya. Di dalam kitab-kitab seperti ini, kita akan melihat perasaan cinta para sahabat r.a.h. terhadap baginda Nabi s.a.w.

Setiap perkara dilihat dan diperhatikan pada diri Nabi s.a.w. sehinggakan Anas Ibn Malik r.a. sempat mengira helaian uban pada janggut dan rambut baginda s.a.w. Lihatlah betapa cintanya sahabat ini kepada baginda s.a.w. sedangkan Anas r.a. pada ketika itu masih remaja.

Berkat kecintaan inilah, para sahabat r.a.h. bermati-matian mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan Islam daripada sebarang pengkhianatan dan bahaya. Kerana cinta inilah juga yang membawakan mereka diberi doa oleh Allah s.w.t. dengan “radhiyallahu ‘anhum wa radhu ‘anh” dan termaktub dalam al-quran yang mulia serta dibaca dan diucapkan oleh seluruh umat Islam. Bukankah bernilainya cinta mereka r.a.h. kepada Baginda Rasulullah s.a.w.?

Ayuh! Kita kenali susuk tubuh baginda s.a.w. dengan sifat-sifatnya serta peristiwa-peristiwa yang penting bagi diambil teladan dan pengajaran yang terdapat dalam buku-buku sirah.

Jumpa lagi.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s