Assalamualaikum w.b.t…
Sekali lagi, idea datang mencurah-curah di malam persiapan untuk ujian. Namun, setiap idea perlu dihargai.
Sudah lama tak bersua dengan adik dan anak-anak saudara. 4 tahun meninggalkan tanah air menyebabkan saya rasa rindu kepada kanak-kanak. Gambar inilah yang menceritakan tentang kerinduan saya dan juga sebahagian besar manusia yang gemarkan kanak-kanak.
Masih tergambar dengan jelas, pengalaman mengajar di sebuah sekolah rendah. Bergaul dengan kanak-kanak yang ceria memang satu pengalaman yang indah dan kekal di ingatan. Siapa setuju, sila angguk kepala.

Ini adalah kanak-kanak perempuan yang tercantik yang memenangi pertandingan perempuan paling cantik di dunia yang diadakan di Perancis.
Namanya Fatima daripada Maghribi; negara saya belajar sekarang ini. (kena cari nih!)

Manakala gambar ini pula adalah gambar seorang kanak-kanak lelaki tercantik di dunia pada tahun 2007 pada pertandingan yang diadakan di Australia.
Kanak-kanak ini berumur 1 tahun 9 bulan dan berasal dari Pakistan.

Ini pula kanak-kanak perempuan yang mempunyai mata tercantik di dunia. Beliau berasal dari Afghanistan.
Seterusnya, saya akan meletakkan gambar-gambar yang menarik tentang gelagat-gelagat kanak-kanak.

(kanak-kanak ini paling khusyuk bila dengar lagu)

(kesian kanak-kanak ni, dah nak tidur tapi kena posing lagi)

(nak suruh saya masak ape ni?)

(kanak-kanak paling suka tidur)

(kanak-kanak yang juga mempunyai mata yang cantik)

(apa pandang-pandang?)
Baik. Setakat itu sahaja. Kita jumpa lagi di rungan yang lain.
Selamat malam.